19 July, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cosmetics, Health Food, Beauty & Skin Care
Pada tahun 1996, sekumpulan doktor perubatan dan ahli farmasi yang dedikasi telah membuat keputusan untuk berkongsi pengentahuan, kemahiran dan pengalaman mereka untuk melakukan kajian dan menghasilkan produk yang berkualiti untuk penduduk Thailand. Mereka telah berjaya menghasilkan sebilangan produk kosmetik, rawatan badan, barangan keperluan rumah dan makanan tambahan. Semua produk ini kemudiannya diberi jenama Giffarine. Produk ini dirumus khas menggunakan bahan mentah bermutu dari dalam dan luar negara termasuklah bahan herba yang terkenal dan digunakan sejak turun temurun bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Falsafah Giffarine yang meletakkan kejujuran dan tanggung jawab untuk pelanggan telah memberikan kejayaan besar kepada Giffarine.
Kini setelah 13 tahun, hampir 2000 jenis produk yang dihasilkan dan Giffarine telah berupaya mengikut rentak pertumbuhan masyarakat Thai dan nama ini telah terkenal serta diterima baik di seluruh negara. Kejayaan Giffarine dapat dilihat melalui strategi Multi-Level-Marketing (MLM) yang hebat dan mudah dengan falsafah keadilan dan keuntungan untuk semua dan turut sah di sini undang-undang. Giffarine mudah diterima dan berkembang pesat di kalangan masyarakat Thailand. Pelan pemasaran yang adil, mudah, produk yang berkualiti dan selamat telah membawa kejayaan dan keselamatan kepada pengguna dan pengedar Giffarine serta keluarga mereka.
Giffarine telah melihat peluang dan kepentingan meluaskan pasaran di luar Thailand agar kebaikkannya dapat dinikmati oleh lebih ramai orang. Tambahan pula, pertanyaan dari luar negara untuk produk Giffarine dan menjalankan perniagaan bersama Giffarine semakin meningkat. Syarikat memperkenalkan “Program Lautan Biru” bagi meneroka pasaran luar. Giffarine telah bekerjasama dengan beberapa pihak luar bagi memberi peluang kepada lebih ramai penduduk Asia mengguna dan menikmati produk Giffarine dan merebut peluang perniagaan bersamanya.
Giffarine Skyline Unity [M] Sdn. Bhd.
Giffarine kini di Malaysia. Giffarine Skyline Unity [M] Sdn. Bhd telah ditubuhkan bagi memperkenalkan dan memasarkan produk Giffarine di Malaysia, juga melalui sistem MLM sebagaimana di Thailand. Diuruskan secara profesional, mengamalkan tahap pengurusan yang tinggi, telus dan beratika. Kami mengamalkan kerja berpasukan dengan keadilan untuk semua dan sokongan syarikat induk MIZWAR CORP. Sebagai negara berjiran, penduduk kedua-dua negara memiliki banyak persamaan. Oleh itu, adalah diyakini produk Giffarine sangat sesuai dan diterima baik oleh penduduk Malaysia sebagaimana penduduk Thailand. Giffarine Malaysia akan meneruskan wawasan dan merealisasikan impian Giffarine untuk faedah dan kebaikan bersama.
Visi
Kami komited untuk menjadikan Giffarine selah satu peneraju dalam industri jualan langsung di Malaysia untuk manfaat penduduk Malaysia. Di Giffarine masa depan kita bina bersama
Misi
Konsep Perniagaan Rangkaian Giffarine
Dengan strategi ini, kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai Giffarine dengan gembira tanpa risiko. Anda tidak perlu mengubah gaya hidup seharian anda, tetapi berpeluang menambah baiknya lagi. Ia tidak mengganggu pekerjaan anda sekarang walaupun mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Bahkan anda disaran untuk terus menguruskan masa dan kerja anda dengan lebih efisyen demi masa depan yang baik untuk keluarga anda.
Konsep Pembangunan Produk Giffarine
Produk Berkualiti Giffarine Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik
Produk terbaik yang didedikasikan khas untuk pengguna Asia. Giffarine mementingkan penelitian dalam setiap penghasilannya. Bermula dengan pemilihan bahan mentah (dari seluruh dunia) proses R & D kajian makmal dan menggunakan peralatan dan teknologi pengilangan bertaraf dunia demi memastikan kebersihan dan pengawalan mutu dalam setiap tahap proses penghasilannya. Hari ni, Giffarine adalah produk yang berjenama, terkenal dan diterima baik di seluruh dunia. Kini anda turut berpeluang menikmatinya di Malaysia dan berada dalam kelasnya tersendiri.
Giffarine Kini Telah Memasuki Malaysia Secara Rasmi
Produk berkualiti Giffarine kini telah dibawa ke Malaysia secara rasminya pada 1hb Mei 2009 melalui Giffarine Skyline Unity (M) Sdn Bhd. Giffarine Skyline Unity (M) Sdn. Bhd. (Giffarine), syarikat berkonsepkan pemasaran pelbagai peringkat (MLM), merancang membuka lima pejabat baru dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya.
Syarikat yang berpengkalan di Kota Bharu ini ditubuhkan khusus untuk menyediakan peluang perniagaan bagi orang ramai yang berminat berniaga selain mengguna produk berkualiti antarabangsa.
Berkonsepkan MLM, Giffarine ditubuhkan bagi tujuan pemasaran produk berasaskan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri merupakan antara langkah awal syarikat itu untuk mengembangkan lagi perniagaannya di pasaran tempatan.
Giffarine adalah produk berkualiti tinggi, dikenali dan diterima oleh standard dan piawaian antarabangsa. Kini ianya dibawa ke Malaysia agar ianya dapat digunakan dan dinikmati oleh rakyat Malaysia. Produk berkualiti dengan harga mesra pengguna.
Anda berpeluang samaada sebagai pengguna atau ingin juga menjadikan sebagai sumber pendapatan tambahan atau tetap. Daftar sebagai ahli sekarang dengan bayaran RM35 untuk keahlian seumur hidup dan anda berpeluang membeli barangan dengan diskaun tetap 25% dari harga katalog. Atau perkenalkan kepada kawan-kawan untuk menyertai Sistem Rangkaian Pemasarannya, dan menikmati pendapatan menarik yang boleh diwarisi. Cubalah dan anda pasti terpesona.
Di Giffarine masa depan kita bina bersama.
No comments:
Post a Comment